Abdullah Sani Hj Abdul Salleh
Tim.Presiden Penaja USNO Sabah Abdullah Sani
Hj Abdul Salleh, mempersoalkan laporan terdapatnya Dokumen Pengenalan orang
Suluk dirampas dan dimusnahkan oleh polis. Beliau merujuk kepada laporan akhbar
tempatan Sabah seperti Daily Express dan Malaysiakini yang mendakwa bahawa
terdapat laporan mengenai perkara ini seperti mana yang dilaporkan.
Laporan Malaysiakini :
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris
Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan
memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di
negeri itu.
Jesteru itu beliau sependapat
dengan mantan ketua Menteri Sabah itu bahawa jika benar perkara ini berlaku
maka ia harus dihentikan dengan SERTA MERTA
kerana ianya bercanggah dengan dasar Hak
Asasi menusia yang dipersetujui oleh bangsa bangsa bersatu dibawa UNDHR ‘The Universal
Declaration for Human Rigth was adopted by the General Assembly on 10 December 1948’ yang telah mengundi 48 – 0 pada
masa itu.
Seharusnya perkara seperti ini
tidak berlaku kerana rakyat Negeri Sabah terdiri dari berbilang kaum dan etnik
termasuk Bangsa Suluk yang juga menjadi Bumiputera Negeri Sabah sejak kita
merdeka,bahkan Bapa kemerdekaan Sabah Tun Mustapha Datu Harun adalah keturunan
Bajau dan suluk, begitu juga Pejuang Sabah Paduka Mat Salleh dan terdapat ramai
golongan pemimpin Bajausuluk negeri ini yang sangat berjasa kepada Negara baik
pemimpin terdahulu atau pemimpin yang sedia ada di pada masa ini.
Pemimpin
pemimpin suku Suluk yang mendokong kerajaan
BN dan yang berketurunan Suluk, antaranya wakil rakyat , Adun, MP, Menteri
Menteri kabinet bahkan TYT Negeri Sabah patut membantu mensyarakat ini supaya
tidak menjadi Mangsa keadaan atau apa
yang dikenali sebagai “victim of circumstance” apabila insiden Pencerobohan oleh keluarga Kiram
yang sedang berlaku pada hari ini dan telah mencabar kedaulatan negera kita.
Pemimpin
pemimpin seperti ini sepatutnya tidak mengeruhkan keadaan lebih lebih lagi
mereka ini adalah bangsa dan keturunan suluk di Sabah, saya amat kesal pemimpin
pemimpin suluk Sabah yang memutuskan hubungan atau bakar jambatan dengan Bangsa
suluk Filipina selatan yang mempunyai hubungan persaudaraan sekian lama, ada
diantaranya pemimpin pemimpin ini yang bersifat dan bertindak seolah-olah
membodek dan mengisthiharkan kesetiaan kepada Negara wal hal Negara tidak
menuntut kita berbuat demikian rupa.
Pemimpin
pemimpin Suluk seperti ini nampaknya telah menjadikan keadaan lebih para dan
keruh kerana tindakan mereka yang dilihat mengisthiharkan sesuatu yang tidak
sepatutnya mereka suarakan sebagai bangsa suluk atau ektik suluk di Negeri ini
dimana akhirnya bangsa atau etnik mereka sendiri menjadi mangsa
keadaan.Sepatutnya mereka ada rasa “Bogbog“ kepada
bangsa mereka dengan memberikan keyakinan atau membantu bangsa suluk di Negeri
supaya terus cekal menghadapi pencerobohan yang telah dicabar oleh keluarga
Kiram.
Saya tahu
pada hari ini anak anak Bajau dan suluk berada dibarisan depan di Kg. Tanduo,
Tg. Batu, Sungai Bilis dan seluruh Sabah menghhadapi Tentera Kiram, mereka
berperang, mereka berkorban untuk memastikan kedualatan kita tetapi mereka tak
perlu heboh heboh soal perjuangan ini kerana mereka tahu bahawa mereka adalah
anak Malaysia yang bertanggujawab kepada kedaulatan Negara.
Kenyataannya itu timbul susulan
dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang
dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah
khasnya dikawasan Esscom atau SSA yang telah diluluskan baru baru ini oleh
Kabinet Malaysia dibawah Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak .
Portal Inquirer Global Nation pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan memusnahkan dokumen tersebut.
Portal Inquirer Global Nation pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan memusnahkan dokumen tersebut.
Datuk Bandar Jolo, Sulu itu
mendakwa, golongan yang memiliki dokumen yang sah seperti pasport dan dokumen
pengenalan juga tidak terkecuali.
"Dokumen ini didakwa dikoyak
di hadapan mereka," katanya.
Beliau turut mendakwa, warga
berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.
Menteri Pertahanan Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu dilaporkan menafikan dakwaan berhubung tembakan berkenaan.