SEMPORNA VIDEO LINK

Loading...

Selamat Ulang Tahun Daerah Semporna 2016


PENGERUSI PNK SEMPORNA DITAWARKAN CALON USNO

Salleh Hj Abdul Salleh Pengerusi PNK
Semporna
 
         Dalam satu kenyataan akhbar petang ini Presiden Penaja USNO Datu Badaruddin Tun Mustapha yang bakal menurunkan calonnya pada PRU13 memaklumkan bahawa pihaknya sedang berunding dan menawarkan salah satu kerusi Dun atau Parlimen Semporna dan Lahad Datu kepada Pengerusi PNK Semporna En. Salleh Hj. Abdul Salleh untuk bertanding pada PRU13, Presiden USNO itu yakin bahawa Salleh berpotensi menjadi pemimpin yang berkeliber dan pemimpin masa akan datang jika diberi peluang.
 
Beliau adalah golongan generasi muda dan anak jati tempatan Semporna yang mempunyai susurgalur tulin dan memenuhi kreteria perjuangan USNO pada masa akan datang, Anak kepada bekas salah seorang pejuang kemerdekaan Sabah (Hj.Abdul Salleh Khatib Ali @ Gupurani) dari keturunan para Ulama terkenal Daerah itu semenjak zaman Magindora diantaranya Imam Misuari Khatib Sarahari, Keturunan Panglima dari waris Panglima Ripahani @ Ripah serta pewaris kepada beberapa buah Pulau di persekitaran Semporna diantaranya Pulau Sebangkat Taman Marine Tun Sakaran, Pulau Si Amil, Denawan dan Pulau Sepanggau yang terdapat di Daerah itu sejak ratusan tahun dahulu.
 
Kepimpinan beliau terserlah melalui PNK Semporna (Persatuan Nelayan Semporna)  sejak berusia 22 tahun, Beliau adalah pengasas kepada PNK Sabah sejak 1993, pada hari ini PNK  telah mengujudkan 17 cawangan di Seluruh Daerah Daerah Sabah  dengan kerjasama LKIM. Beliau telah memimpin PNK Semporna sejak 1993 hingga sekarang 2013 dan menjadi Pemimpin PNK terlama di Malaysia , Pengalaman 20 tahun memimpin NGO tanpa henti cukup meyakinkan USNO bahawa beliau mampu menjadi pemimpin yang baik.
Beliau telah banyak membantu dan berjasa kepada Nelayan dikawasan Pantai Timur Sabah dari Sandakan hingga ke Tawau dan membantu pengujudan PNK di Daerah berkenaan  Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau bagi memajukan perindusterian laut. Disamping itu beliau adalah salah seorang Pelupor Industri Rumpair laut Negara atau Seaweeds di Sebangkat Reef sejak 20 tahun lalu dan mengadakan projek kerjasama dengan UMS (Universiti Sabah Malaysia) dalam Industri itu melalui STREP Sdn. Bhd. Yang sedang berjalan pada hari ini.
Beliau juga adalah Setiausaha Lcf-TSMP (Local Forum Komuniti Tun Sakaran Marine Park) sejak Taman Marin Tun Sakaran di wartakan pada 2004 yang mempunyai 8 buah pulau Sebangkat, Selakan, Sibuan, Maiga, Tatagan, Gaya, Mantabuan dan Bohey Dulang yang mempunyai komuniti Nelayan seramai 3000 orang.
Dengan pengalaman kepimpinan dalam NGO, susurgalur keturunan yang serta pewaris Kepimpinan dikawasan Semporna serta anak jati Sabah dari  waris anak tempatan semporna beliau dilihat sebagai pemimpin yang berpontensi menjadi wakil rakyat di kawasan itu untuk meneruskan legasi Semporna.
Presiden USNO Datu Badaruddin Tun Mustapha yakin dengan kepimpinan Salleh kerana Salleh juga adalah pewaris generasi USNO di Daerah itu sejak merdeka dimana ibu beliau pernah memimpin Kaum Ibu atau Wanita USNO diera 60an hingga 70an di Semporna, sementara 2 orang Kakaknya Suhurah Haji Abdul Salleh pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Palimen Silam dan Noraidah Hj. Abdul Salleh Tim.Ketua Wanita UMNO Palimen Semporna diawal kemasukan UMNO ke Sabah melalui peranan USNO dahulu,  disamping abang beliau yang sedang berjuang menghidupkan USNO Sabah Abdullah Sani Hj Abdul Salleh adalah Timbalan Presiden Penaja USNO pada hari ini, sementara itu hampir semua wakil rakyat yang ada di Darvel Bay, Lahad Datu,Kunak,Semporna dan Tawau ,mempunyai hubungan kerabat dan keluargaan yang erat dengan beliau sejak merdeka hingga hari ini.
Walaubagaimanapun Datu Badaruddin Tun Mustapha Presiden Penaja USNO itu memaklumkan bahawa beliau belum dapat menghubungi En. Salleh secara peribadi bagi menawarkan tawaran USNO.
Pada hari ini PNK Semporna mempunyai keahlian hampir 2000 orang di Daerah itu yang beliau pimpin sejak 20 tahun yang lalu dimana beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap perubahan mesyarakat setempat  ketahap yang lebih baik dan maju.
Sejak artikel ini dibuat, media USNO gagal untuk menghubungi dan mendapatkan pandangan En.Salleh Hj. Abdul Salleh terhadap tawaran USNO memberikan laluan kepada beliau menjadi Calon USNO di Semporna.
Oleh : Media USNO Sabah
            Abbas Bin Ahmad